Blogger templates

23 September 2011

Transformasi Untuk Mendahului Pembaharuan

"ni bapak tranformers..boleh tukar jadik lori.."


"ni pulak bapak tranformasi.."


UMNO, BN Perlu Bawa Transformasi Untuk Mendahului Pembaharuan.

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadi parti yang moden, progresif dan mampu membawa transformasi yang besar kepada negara untuk bertahan lama sebagai sebuah parti politik.

Berucap pada sambutan Aidilfiltri Merdeka Raya Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, UMNO dan BN perlu memberi gambaran sebagai satu-satunya parti yang mendahului pembaharuan untuk negara dan bukannya pembangkang.

“Sebab itulah sebagai sebuah parti politik kita jangan takut untuk berada di barisan saf hadapan untuk menangani perubahan demi perubahan,” katanya.

Beliau turut mengaitkan perubahan itu dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menurutnya, bukan berdasarkan desakan pembangkang.

“Saya sudah janji dua tahun lalu bahawa ISA akan dipinda, bukan kerana permintaan pembangkang. Kini saya tunaikan janji dengan pemansuhan ISA yang akan digantikan dengan dua akta baru dan beberapa lagi langkah yang akan diambil,” katanya. baca lagi kat---> AmngokOnline


"peeewwiiitttt.."


Ni awok nak kabor sikit:Tak payoh la miker merepek bukan-bukan.. bukan ker miker suka popular. jadi untuk mempopularkan miker, miker kononnya mansuhkan ISA tapi miker tak buang pun ISA tu dalam longkang cuma miker gantikan dengan akta lain jer. kata orang kampung awok, rebranding.

2 komen:

Anonymous said...

JAHANAM ANAK MUDA PUAK2 NI NGAJOR YEOOoooop

Fendy TZM said...

Ahahaha, aku nampak Justin Bieber tua pegang poster Najib.. Bhahahaha..