Blogger templates

05 September 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Walaupun anggota SAMM terdiri dari pimpinan politik dari parti-parti tertentu, ianya tidak menjejaskan prinsip SAMM yang membuka penyertaan golongan muda tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

Solidariti Anak Muda Malaysia ialah sebuah gerakan anak muda yang telah bermula sejak 2006 lagi. Sejak diwujudkan ia merupakan sebuah gerakan anak muda ‘non structural’ yang menghimpunkan anak muda dari perbagai latar belakang yang bersetuju dan berkeyakinan betapa anak muda harus memainkan peranan dalam menyusus massa ke arah perubahan. SAMM juga berpaksikan pendekatan radikal dalam banyak perkara.

Tujuan utama penubuhan SAMM adalah untuk menyediakan platform kepada anak-anak muda di Malaysia untuk bersama-sama melaksanakan program-program dan aktiviti kearah melahirkan masyarakat muda yang berani untuk memimpin masyarakat dalam berhadapan dengan kehidupan di era globalisasi yang semakin mencabar.

SAMM di tubuhkan oleh beberapa anak muda dari pelbagai latarbelakang dan di pimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard. Pada tahun 2007, SAMM menggemparkan seluruh negara dan masyarakat antarabangsa apabila menghantar bantal kepada Tun Abdullah Badawi yang pada ketika itu masih menjawat jawatan sebagai perdana menteri Malaysia sebagai satu respon kepada perdana menteri yang sentiasa tertidur sehinggakan mengabaikan rakyat Malaysia yang dibebani dengan peningkatan kos kehidupan.

Objektif SAMM

1) Melahirkan masyarakat muda Malaysia yang progessif dan dinamik tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan ideologi politik.

2) Membudayakan demokrasi sebagai satu cara hidup dengan menggalakkan anak muda untuk berbeza pendapat.

3) Melatih anak-anak muda untuk peka terhadap isu-isu semasa baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Pendekatan SAMM

Hak Warga
Anak muda akan didedahkan mengenai undang – undang, perlembagaan dan hak selaku warga negara, dengan kesedaran semua ini maka rasa kecintaan terhadap negara akan lebih mendalam.
Pendidikan
Kesedaran pendidikan akan diberi tumpuan, bantuan dari aspek kesedaran pendidikan jauh ke kawasan pendalaman
Kebajikan
Anak muda yang dilibatkan dalam kerja kebajikan akan pasti meningkat kesedaran serta jati diri.

Modus operandi

tanpa penglibatan politik secara kepartian
penerbitan risalah
program-program yang menarik anak muda
peluang untuk ke luar negara bertukar pengalaman melalui perbagai program latihan dan ‘internship’ melalui jaringan hubungan organisasi di luar negara.
Latihan pengukuhan radikalisma dikalangan anak muda

SAMM juga mempunyai jaringan penyelaras negeri dan keanggotaan melalui ‘friends of SAMM’ atau sahabat SAMM.

Organisasi

SAMM sedang berusaha bersungguh sungguh untuk membuka pejabat yang bakal menempatkan pengurusan SAMM, Pusat Aduan/Kaunseling, Perpustakaan dan bilik mesyuarat akan diletakkan di Senawang, Seremban. Namun tidak mampu punya pejabat bukan alasan, setakat ini SAMM beroperasi secara ‘mobile office’

SAMM berdaftar dibawah SMM dengan menyenaraikan Pengerusi dan 4 orang lembaga pemegang amanah.

Penyelaras tiap negeri dinamakan bagi memudahkan pengurusan dan keanggotaan terbuka kepada semua anak muda bawah 35 tahun.


Ni awok nak kabor sikit: sapa minat nak jadi anggota SAMM buleh le kelik SINI..

www.anakmudamalaysia.com

1 komen:

Awok said...
This comment has been removed by the author.