Blogger templates

Showing posts with label Mari Bercerita. Show all posts
Showing posts with label Mari Bercerita. Show all posts

26 August 2011

Zakat Fitrah

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”



Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Lafaz Akad Zakat Fitrah

Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ...... pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Ni awok nak kabor sikit: Ater awok udoh bayor dah..

24 August 2011

Hadiah Pulitzer

Hadiah Pulitzer ialah anugerah untuk pencapaian dalam kewartawanan akhbar, kesusasteraan dan gubahan muzik di Amerika Syarikat. Anugerah ini diperkenalkan oleh Joseph Pulitzer dan diselia oleh Universiti Columbia di Bandar Raya New York.


Pemenang Hadiah Pulitzer 2011. Kategori "Breaking News Photography".
Carol Guzy, Nikki Kahn dan Ricky Carioti dari The Washington Post.


'Death of Innocence' A Haitian man tries to rescue a live teacher trapped amid the rubble of the devastating earthquake in Port-au-Prince as he crawls past a schoolgirl that perished at her desk when Ecole St. Gerard collapsed. (Carol Guzy, The Washington Post - January 15, 2010 )

Lagi foto Carol Guzy, Nikki Kahn dan Ricky Carioti klik SINI


Pemenang Hadiah Pulitzer 2011. Kategori "Feature Photography".
Barbara Davidson dari Los Angeles Times.

Ten-year-old Erica Miranda was shot three times in the back, knee and hip while playing basketball outside her home in Compton. A young man had walked up to the crowded street corner and started firing a handgun in what police believe was a gang assault. A 17-year-old relative and a 45-year-old family friend, both men, were also shot three times and survived. At Long Beach Memorial Medical Center: Miller Children’s Hospital, Erica waits for her bandage to be changed. (Barbara Davidson, Los Angeles Times - December 29, 2010)

Lagi foto dari Barbara Davidson klik SINI

Sumber: www.pulitzer.org


Ni awok nak kabor sikit: Gambor-gambor yang penuh emosi..

15 August 2011

Pasar Ramadan: Aku Tak Pergi

gambor di cilok kat sini

dah separuh bulan ramadan umat islam lalui.. lagi separuh bulan lagi umat islam akan menyambut syawal. bulan ramadan ni sepatutnya menyedarkan kita betapa susahnya orang-orang yang tak dapat makan, orang-orang susah, pelarian yang tinggal di kem-kem pelarian.. bersederhanalah dalam membeli juadah berbuka.. jangan membazir.. kurangkanlah pergi pasar ramadan..


"apa perasaan anda?.."

30 July 2011

Tradisi Yang Semakin Dilupakan

kad hari raya? sesuai lagi ke zaman ni? dulu tak lengkap rasanya kalau tak ngantor kad raya. kalau budak sekolah yang memula sekali mesti hantor kat awek lepas tu baru cikgu. bila dapat kad dari awek tu rasa macam bahagia sangat dah..macam diawang-awangan.. siap letak bawah bantal lagi..

bila dah dekat nak raya mula la carik pokok mati yang ada banyak ranting tu.. nak buat gantung kad raya. kalau takde pokok mati, pokok idup pun kena balun. yang lagi kreatif tu siap cat lagi pokok tu.. bila dah siap tu gantung la kad yang awek bagi tu.. yang kengkawan bagi.. kad yang mak bapak dapat pun gantung sekali.. kalau tak cukup sanggup pulak beli pastu siap tulis seniri kad tu.

bila buat rumah terbuka mesti ramai kengkawan yang tengok pokok kad tu. masa tu la nak tunjuk kad yang awek bagi la.. ketua kampung bagi la.. sikeret admiyer bagi la.. macam-macam lagik.. masa tu kira bangga tak ingat dah.. hehehe..

itu dulu.. sekarang ni awok nengok benda ni macam dah tak macam dulu. kad hari raya dah macam hidup segan mati tak mau. terpaksa pulak bersaing dengan macam-macam medium baru. mungkin nasib kad raya akan menjadi senasib dengan meriam buluh dengan panjut.. mase je yang menentukan..peace..

13 November 2009

Lambaian Kaabah


malam tadi lepas maghrib gua hantar BAPAK, MAK dengan OPAH gua pergi haji..
gua hantar kat tempat berkumpul kat masjid an nur je..
tayar bas golek pukul 10.30 malam menuju kelana jaya..
MakBapakOpah sampai sana pukul 2 pagi..
adik gua dah siap tunggu kat sana..
kapal terbang belepas pukul 7 pagi..

23 disember pukul 11 pagi gua akan tunggu kat KLIA..

17 October 2009

Makan Kenduri


hari ni gua pergi makan kenduri kat gerik. kawan baik bini gua kawin. yang baju cokelat tu la kawan baik bini gua.. yang baju hijau adik kawan bini gua. gua tau kalau makan kenduri kat gerik mesti ada gulai kari batang pisang.

sampai je kat rumah kenduri gua terus jenguk kat tempat hidangan.. gua ternampak ada gulai batang pisang. gua tanpa menghiraukan pengantin yang baru sampai terus amik makanan.. gua makan dengan lahapnya kah.. kah.. kah.. sedap punya...

02 October 2009

Jumpa Semula

Selah lama hilang tersorok akhirnya gua jumpa jugak buku ni. gua sayang buku ni. walaupun buku ni dah lama. terbit tahun 2001 tapi ilmu dalamnya berguna pada gua.

24 September 2009

Cerita Malam Raya


bila malam raya je makin banyak la orang-orang main mercun.. bunyi dah macam perang. dulu-dulu meriam tanah dan meriam buluh menjadi senjata di malam raya.. berperang dengan kampung sebelah.. bunyinya sekali letup bergegar tingkap orang kampung.. mercun bola ke mercun ketupat ke tak main la.

nak seting meriam buluh pun kena yang pro buat kalau tak keluar bunyi angin je.. campuran air dengan karbaid kena betul baru ngam.. nak cucuh meriam pun kena berani woo.. hati kena kering.

itu semua kisah dulu-dulu.. sekarang gua dah tak terlibat lagi.. gua dah insaf. gua dah ada aktiviti baru.. bakar ayam dengan satay..

17 September 2009

Zakat Fitrah

setelah bertangguh, terlupa, esok la, tak sempat, tak jumpa, tak bawak duit.. akhirnya gua bayar jugak duit fitrah kat masjid negeri. tahun ni RM7 satu kepala.. gua bayar untuk dua kepala. kepala gua dan kepala bini gua..
"Inilah wang menggantikan beras fitrah yang wajib atas saya/tanggungan saya tahun ini kerana Allah taala.. Amin.."

15 September 2009

14 September 2009

Kereta Pun Nak Rayer Jugak

Kereta gua masuk bengkel hari ni. kasi servis dulu sebelum raya, baru la boleh jalan jauh-jauh. walaupun kereta gua oldskool tapi enjin tarak hal punya. gua tukar absober belakang baru. beli kat kedai spare part RM84 sepasang cap KYB.. pakai gas. upah tukar RM15.. baru la sedap bawak barang banyak.. boleh bawak daging lembu bukan kepala lembu. minyak hitam pulak cap castrol RM35, oil filter RM6. upah tukar RM10. dah tukar semua tiba-tiba ternampak pulak bush lower arm dah pecah.. hahaha kalau tukar kena RM260 sepasang termasuk upah.. tak jadi la gua buat, bajet tak cukup.. kereta gua senget sebelah la nampaknya.. berhati-hati balik raya nanti weiii...
Salam Aidilfitri
maaf zahir batin