Blogger templates

Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Boleh. Show all posts

18 October 2011

Jaminan 10 Tahun Jer

"barangan buatan malaysia.."

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jaminan itu tertakluk kepada semua model kereta Proton yang dijual di pasaran domestik, sama ada milik persendirian atau syarikat.

“Jaminan merangkumi empat komponen utama dalam mekanisme tingkap kuasa kenderaan iaitu alat pengawal tingkap, motor tingkap kuasa, suis dan sesalur fungsi,” katanya pada sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, semalam.

Skim Jaminan Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa Proton itu adalah bagi tempoh 10 tahun dari tarikh kereta didaftarkan atau 250,000 kilometer perjalanan, iaitu tempoh ‘hayat maksimum’ kenderaan seperti yang digunakan pakai peserta industri automotif global.


"ini baru sepanjang hayat.."


"pakai kayuh lagi bagus.."


"jualan MegaSale.."


Ni awok nak kabor sikit: asik jahanam je, sudahnya bagi jaminan 10 tahun.. sebab tu la awok tak pakai keter poton..dah la jual mahal.

15 October 2011

Menteri Letak Jawatan

Kah..Kah..Kah..Kah.. bukan kat malaysia bole.. kat negara kapir lahanat..

"Liam Fox.."

LONDON: Menteri Pertahanan Britain, Liam Fox mengumumkan meletakkan jawatan berikutan dikaitkan dengan skandal membabitkan seorang usahawan menyamar menjadi penasihatnya ketika menjalankan tugas rasmi kerajaan.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, David Cameron, Ahli Parlimen Parti Konservatif itu mengaku membenarkan aktiviti peribadi dan tugas rasmi membabitkan rakan baiknya, Adam Werritty.
Beliau meletakkan jawatan selepas memegang jawatan Menteri Pertahanan selama 17 bulan. - AFP


"kalo skandal yang ni tak ngape le.."


"jangan lupa umngok.. ooppp tersilap pulak.. jangan lupa nengok citer ni.."



Ni awok nak kabor sikit: hahaha.. kalo kat boleh land jangan harap la nak letak jawatan. sampai mampus takkan letak jawatan punya.. sumpah sana sumpah sini dah ok dah.. rembat tetap rembat.. skandal buleh cover punya..

22 September 2011

Hilang Begitu Saja

"enjin motor ex5 yang disyaki telah dikorek blok.."

SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa terdapat pemeriksaan dan kawalan yang ketat dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum enjin pesawat F5 itu dibawa keluar dari Pangkalan Udara Butterworth.

Pegawai Staf Dua Markas No 1, Divisyen Udara Kuala Lumpur, Mejar Abdul Rahim Yob, berkata enjin pesawat itu sukar untuk hilang begitu sahaja kerana proses pengeluarannya agak susah. baca lagi kat SINI.


"jet terbaru dipasaran.."


"haaa... yang ni buleh simpan dalam poket.."


Ni awok nak kabor sikit: dasat..dasat.. macam-macam buleh hilang.. malaysia buleh..

16 September 2011

Pendedahan KeadilanDaily: PM Bangladesh akui rakyatnya dapat hak mengundi di Malaysia

"ini bukan bendera jepun.. bendera pas pun bukan.."

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi. Baca lagi kat SINI


"sumbernya buleh nengok kat www.ngoab.gov.bd



Ni awok nak kabor sikit: macam-macam cara deme guna semata-mata nak mempertahankan kuase.. aje nye gile.. hawooo..

24 August 2011

Perangkap Laju: Hati-Hati Balik Raya

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara


Ni awok nak kabor sikit: Berhati-hati di jalanraya komer oiii..

19 August 2011

Rompak Beramai-Ramai

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis berpangkat Konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini, pada jam 12.01 pagi.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan mereka adalah penanggung tunggal keluarga.

“Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga,” katanya.

Hakim Zulhazmi Abdullah, membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu. – BERNAMA

Ni awok nak kabor sikit: bulan ramadan setan semua kena ikat.. tapi perangai lu orang?? oooo... merayu nak bagi peluang sebab bulan ni bulan ramadan.. blah la woii.. lu pau orang tak kira bulan pun.

15 August 2011

JPJ Kata Takde Sekatan Jalan Raya

KUALA SELANGOR – Berkuatkuasa tengah malam ini, tiada lagi sekatan jalan raya dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sebaliknya, kesalahan lalu lintas tertentu akan dirakam menggunakan kamera oleh 3,500 penguatkuasa bertugas di seluruh negara. Baca Lagi

*bagus jugak la jpj tak buat sekatan. kalau boleh jangan sapa-sapa duk kat tepi haiway tu. menyamar je lagi bagus. selalu awok nengok kalau ada la polis terpacak kat tepi haiway jalan mesti jem. semua keter pelan. padahal takder apa pun. tahun ni kalau ada jugak yang terpacak buat tak tau jer. jalan terus jangan pelankan kereta.

14 August 2011

Orang Emas Kena Tangkap

"yang ni tak kena tangkap.."


"ni pun tak kena tangkap jugak.."


"emmm.. ni nak tangkap ke? ishh.. tak payah la.. bukan kacau orang pun.."


"rasa-rasa yang ni boleh tangkap kot? kepala hotak hang nak tangkap buat apa.. ni seni woi.."


"aikkk.. ni macam kat malaysia je.. negara bolehland.. kenapa kena tangkap pulak.. sebab dia cas RM2 ke bila nak tangkap gambar?.." berita lanjut kat sini..


Ni awok nak kabor sikit: orang ni mengganggu ke? orang ni mintak sedekah ke? dia cuma minta RM2 pada sapa-sapa yang nak bergambor je.. ingat senang ke nak buat keras macam tu.. yang rasuah juta-juta lemon tu diam je..