Blogger templates

25 September 2011

Teruja Aku Naik Bas Tanjung

"waa.. senang banyak yer komer.. udoh macam kapal teghobang je.."

BATU GAJAH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain. berita ni rembat kat SINI


"cer terai naik ni.. mesti lagi teruja.."


Ni awok nak kabor sikit: saper yang penah naik bas dari ipoh ke tanjung rambutan tau ler macam mana terujanya naik bas merah ni.. tang kona satu lapan.. bila berek saper bediri kat belakang buleh melekat kat cermin depan..hahaha..baru teruja.. macam taman tema..

23 September 2011

Transformasi Untuk Mendahului Pembaharuan

"ni bapak tranformers..boleh tukar jadik lori.."


"ni pulak bapak tranformasi.."


UMNO, BN Perlu Bawa Transformasi Untuk Mendahului Pembaharuan.

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menjadi parti yang moden, progresif dan mampu membawa transformasi yang besar kepada negara untuk bertahan lama sebagai sebuah parti politik.

Berucap pada sambutan Aidilfiltri Merdeka Raya Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini hari ini, Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berkata, UMNO dan BN perlu memberi gambaran sebagai satu-satunya parti yang mendahului pembaharuan untuk negara dan bukannya pembangkang.

“Sebab itulah sebagai sebuah parti politik kita jangan takut untuk berada di barisan saf hadapan untuk menangani perubahan demi perubahan,” katanya.

Beliau turut mengaitkan perubahan itu dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menurutnya, bukan berdasarkan desakan pembangkang.

“Saya sudah janji dua tahun lalu bahawa ISA akan dipinda, bukan kerana permintaan pembangkang. Kini saya tunaikan janji dengan pemansuhan ISA yang akan digantikan dengan dua akta baru dan beberapa lagi langkah yang akan diambil,” katanya. baca lagi kat---> AmngokOnline


"peeewwiiitttt.."


Ni awok nak kabor sikit:Tak payoh la miker merepek bukan-bukan.. bukan ker miker suka popular. jadi untuk mempopularkan miker, miker kononnya mansuhkan ISA tapi miker tak buang pun ISA tu dalam longkang cuma miker gantikan dengan akta lain jer. kata orang kampung awok, rebranding.

22 September 2011

Hilang Begitu Saja

"enjin motor ex5 yang disyaki telah dikorek blok.."

SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa terdapat pemeriksaan dan kawalan yang ketat dilakukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum enjin pesawat F5 itu dibawa keluar dari Pangkalan Udara Butterworth.

Pegawai Staf Dua Markas No 1, Divisyen Udara Kuala Lumpur, Mejar Abdul Rahim Yob, berkata enjin pesawat itu sukar untuk hilang begitu sahaja kerana proses pengeluarannya agak susah. baca lagi kat SINI.


"jet terbaru dipasaran.."


"haaa... yang ni buleh simpan dalam poket.."


Ni awok nak kabor sikit: dasat..dasat.. macam-macam buleh hilang.. malaysia buleh..

16 September 2011

Pendedahan KeadilanDaily: PM Bangladesh akui rakyatnya dapat hak mengundi di Malaysia

"ini bukan bendera jepun.. bendera pas pun bukan.."

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi. Baca lagi kat SINI


"sumbernya buleh nengok kat www.ngoab.gov.bd



Ni awok nak kabor sikit: macam-macam cara deme guna semata-mata nak mempertahankan kuase.. aje nye gile.. hawooo..

15 September 2011

ISA Dimansuhkan Kata PM

"Demo Anti ISA: 01 Ogos 2009.."



"tiru buku jingga ker..."


"Wahai orang-orang kampung.. gua dengan ini mengumumkan akta ISA akan dimansuhkan.."


KUALA LUMPUR – KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. baca lagi kat SINI.

  • “Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi,” katanya.
  • “Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
  • “Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,” katanya.

Ni awok nak kabor sikit: ooooo ingatkan nak letak jawatan..kehkehkeh

14 September 2011

Kejutan Apa Lagi Pak Jib Oi!!

"Errmmmm.."

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting ketika buat julung kalinya menyampaikan amanat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di hadapan penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam esok.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ucapan Perdana Menteri juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan TVi pada 8.45 malam. rembat kat SINI.


"hadoiii.."

Ni awok nak kabor sikit: hahaha..nak buat kejutan pulak. naper.. nak naik harga minyak ker? cukai topup dah tak jadi. ni tektik lain pulak gamaknya.. ker nak umum tarikh PRU 13.. tak per, takper awok tunggu malam esok..

09 September 2011

Nafi Naikkan Cukai



Ni awok nak kabor sikit: oooo... nak jadi hero la ni. kes astro dulu apa jadi.. kaji-kaji naik tetap naik. jangan la nak membodohkan melayu. melayu sekarang dah makin cerdik. yang bodoh cuma melayu amngok jer..

Kenaikan Nilai Tu Kenaikan Harga Ke?

Pekema persoal kenaikan nilai kenderaan import terpakai

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport. baca lagi kat suratkabor umno ni..


"keter import terpakai ni berapa pulak harganya.."


Ni awok nak kabor sikit: nak suruh awok beli keter proton.. pegi jahanam la woiii...

Forum: Mat Indera Pejuang Atau Pengkhianat

FORUM MAT INDERA – PEJUANG ATAU PENGKHIANAT - malaysiakini

Sebuah forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KSCAH) malam ini.

Forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) - akan membariskan tiga ahli panel iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais. ni lama punya berita..

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4


Bahagian 5


Bahagian 6


Bahagian 7


Bahagian 8



Ni awok nak kabor sikit: saper yang tak dapat pegi tu buleh la dengor..

Ubah Cara Hidup

"bn pengubah cara hidup anda.."


GST untuk kebaikan semua.

Tidak dinafikan, pelaksanaan GST memberi kelebihan terutamanya kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat. Asas percukaian yang lebih meluas serta yang dikenakan pada satu kadar akan memudahkan kerajaan mengurus dan mentadbir sistem tersebut. Ia juga mudah difahami oleh rakyat berbanding cukai yang dikenakan pada kadar berbeza bagi perkhidmatan dan barangan yang berlainan. Ia juga dapat mengurangkan beban pembayar cukai kerana jumlah yang membayar cukai pendapatan hanya beberapa peratus berbanding keseluruhan rakyat Malaysia. rembat kat SINI


Ni awok nak kabor sikit: macam-macam cara nak rembat duit rakyat. yang awok tak paham ade jugak lagi melayu-melayu yang suka kena tipu. siang malam pagi petang kena tipu.

08 September 2011

Anda Mahu Power

"Jingga13.."

SHAH ALAM, 8 Sept: Badan Bukan Kerajaan (NG0) Jingga 13 hari ini mendesak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DatUK Seri Jamil Khir Baharom meletak jawatan dengan segera kerana tidak mahu bertanggungjawab terhadap laman sesawang yang dilihat telah menghina Agama Islam serta memesong akidah umat Islam dinegara ini dan juga seluruh dunia.

Ketuanya Fariz Musa yang ditemui pada satu sidang media yang diadakan di Kelab Shah Alam Selangor menyatakan kekecewaan terhadap pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang enggan menerima memorandum Jingga 13 dalam isu individu yang menghina Islam di internet semalam.

"Saya berasa amat kesal kerana kehadiran saya di pejabat JAKIM di Putrajaya semalam sewaktu ingin menghantar memorandum bukannya di hadiri oleh Ketua Pengarah mahupun wakil kepada menteri tetapi di hadiri oleh beberapa orang pihak polis.

"Dan yang paling kecewa sekali adalah jawapan JAKIM mengatakan pihaknya tidak mempunyai kuasa dan bukan dibawah bidang kuasanya untuk membuat dakwaan terhadap penulis atau laman sesawang tersebut melainkan pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kenapa Jakim tiada kuasa bukankah jabatan ini bertindak untuk menaikkan martabat Agama Islam serta bertindak terhadap sebarang isu yang menghina Islam," jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga memberitahu bahawa agensi-agensi seperti Jakim mahupun Jais telah mengamalkan sikap pilih kasih atau "double standard" setiap aduan yang dilakukan.

"Jelas timbul sikap pilih kasih dalam urusan di jabatan-jabatan tersebut dan kita lihat mereka lebih tertumpu kepada agenda politik sahaja apatah lagi ia berkaitan dengan Pakatan Rakyat manakala isu yang jelas menghina Islam ini tidak dipandang berat langsung.

"Banyak laporan yang telah dibuat terhadap individu penghina Islam yang mengelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara berikutan tindakan biadapnya menghina, mencaci, mencarut serta cuba memesongkan akidah umat Islam di negara ini melalui laman sosial Facebook, Twitter, Google Plus termasuk laman sesawang yang begitu mudah diakses oleh orang ramai di internet.

"Kami mendapati manusia biadap ini masih bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan berikutan JAKIM tidak memandang serius tentang perkara tersebut," katanya lagi.

Beliau juga mahukan martabat Jakim ini dipulihkan agar ia terus dihormat oleh seluruh rakyat dinegara ini terutamanya yang beragama Islam.

"Perletakan jawatan yang dilakukan oleh Jamil Khir dapat memulihkan kembali maruah Jakim dan kita lihat selama ini beliau hanyalah bertopengkan Islam dalam setiap urusan tetapi agenda utamanya hanyalah untuk kepentingan politik Umno.

"Selain itu juga, kami tidak akan berdiam dalam isu tersebut dan desakan demi desak akan yterus dilakukan sehinggalah pihak Jakim bertindak terhadap aduan tersebut. Kalau perkara ini masih gagal dilakukan serta kami tidak mendapat maklumbalas terhadap apa yang kami tegaskan disini maka bukan sahaja Jamil Khir perlu letak jawatan malah JAKIM juga perlu ditutup kerana fungsi utamanya dalam memastikan kesucian Agama Islam sudah menjadi agenda yang tidak penting lagi," sambung Fariz lagi.

Tambahnya lagi individu yang menghina Islam itu telah mula memainkan peranannya dalam memesongkan akidah umat Islam dan sasarannya mereka adalah pelajar-pelajar yang masih belum faham secara jelas tentang Islam.

"Individu tersebut telah mula menghantar email secara rambang kepada pelajar-pelajar dan kita lihat sasaran mereka lebih tertumpu kepada mereka yang masih belum faham tentang Islam sepenuhnya dan bagi mereka golongan ini terlalu mudah untuk mereka pengaruhi.

"Jamil Khir dan JAKIM perlu bertindak tegas dan jangan hanya tertumpu kepada isu politik rancangan Umno serta serangan mereka kepada Pakatan Rakyat dan kita lihat seperti apa yang berlaku di Selangor sekarang ini," kata Fariz lagi.

Semalam Jingga 13 seramai 13 orang anggota yang diketuai oleh Fariz Musa telah menyerahkan memorandum kepada SKMM dan juga Jakim dalam aduan individu yang menghina Islam di internet.

Memorandum tersebut telah diterima oleh pihak SKMM manakala Jakim enggan menerimanya dengan alasan isu tersebut bukan bidang kuasa Jakim. SUMBER


"tengah tunggu jin ni bagi kuasa.."


Ni awok nak kabor sikit: saper tak tau saper hajjah sitt al wuzara sila duduk dalam gua.. hehehe.. dulu haram jadah ni merepek dalam ni. cer KLIK.. tapi sekarang dah kena hack, dia merepek kat fb pulak..

Topup Naik Harga La Pulak

"ini telefon awam, bukan tabung derma.."

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. baca lagik kat SINI.





Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar. Cukai perkhidmatan berkenaan sebelum ini ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Cukai perkhidmatan yang dikenakan ini adalah menurut undang-undang cukai perkhidmatan. baca lagik kat SINI.


""macam-macam cara nak merembat.."


Ni awok nak kabor sikit: udah kering kantung ker? gasak sampai terbarai nampaknya.. bala..bala.."

07 September 2011

Untuk Mereka Yang Masih Kurang Sedar

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan. artikel ni rembat dari (TukarTiub).


Ni awok nak kabor sikit: kalau tak sedor jugak sila hantuk kepala kat dinding..

Alahai Menantu Ayah


KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat, amat berharap agar Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menerima jemputan untuk berdebat dan berbincang mengenai status Mat Indera yang sebelum ini dilabelkan sebagai anggota komunis dan pengkhianat negara. cer klik SINI


"menantu ayah.."

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, tetap dengan pendiriannya untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mengenai tragedi Bukit Kepong atas desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah berkenaan komunis. cer klik SINI


"Takkan nangis kot.."


"peace.. saya bangladesh mari.."



Ni awok nak kabor sikit: ater miker ni ade sakit kurang kasih sayang ker.. kehkehkeh.. sian menantu ayah..

06 September 2011

Baju Kalis Peluru

"kahkahkah..apa jadahnya pakai baju kalis peluru dalam masjid..bengong.."


"ini topi kalis peluru.. bukan topi naik motor ke beskal ke.."


"ini vest kalis peluru.. bukan vest memancing.."


barang-barang ni ada dijual kat malaysia..boleh nengok kat EnGarde Malaysia


Ni awok nak kabor sikit: jangan nak gila publisiti je.. orang lain jadi mangsa.. bongok punya puak-puak EEE.. apa benda tu puak EEE? baca la tukar tiub.. kahkahkah..

05 September 2011

KehKehKeh..Umno..Umno

Dari FB zunar kartunis: Marah betul juak Umno bila saya buat kartun kritik mereka dalam isu kematian Noramfaizul. Kata mereka saya tak hormati arwah. PENJELASAN: Saya hormati arwah, tetapi Umno jangan berselindung disebalik "hormati arwah" untuk melarang saya mengkritik kecuaian mereka yang menyebabkan kematian. Malang bagi juak2 ini saya tidak sebodoh mereka.


Ni awok nak kabor sikit: tak sabor rasanya nak nunggu ameno jatuh terterap..

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Walaupun anggota SAMM terdiri dari pimpinan politik dari parti-parti tertentu, ianya tidak menjejaskan prinsip SAMM yang membuka penyertaan golongan muda tanpa mengira perbezaan ideologi politik.

Solidariti Anak Muda Malaysia ialah sebuah gerakan anak muda yang telah bermula sejak 2006 lagi. Sejak diwujudkan ia merupakan sebuah gerakan anak muda ‘non structural’ yang menghimpunkan anak muda dari perbagai latar belakang yang bersetuju dan berkeyakinan betapa anak muda harus memainkan peranan dalam menyusus massa ke arah perubahan. SAMM juga berpaksikan pendekatan radikal dalam banyak perkara.

Tujuan utama penubuhan SAMM adalah untuk menyediakan platform kepada anak-anak muda di Malaysia untuk bersama-sama melaksanakan program-program dan aktiviti kearah melahirkan masyarakat muda yang berani untuk memimpin masyarakat dalam berhadapan dengan kehidupan di era globalisasi yang semakin mencabar.

SAMM di tubuhkan oleh beberapa anak muda dari pelbagai latarbelakang dan di pimpin oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai che’GuBard. Pada tahun 2007, SAMM menggemparkan seluruh negara dan masyarakat antarabangsa apabila menghantar bantal kepada Tun Abdullah Badawi yang pada ketika itu masih menjawat jawatan sebagai perdana menteri Malaysia sebagai satu respon kepada perdana menteri yang sentiasa tertidur sehinggakan mengabaikan rakyat Malaysia yang dibebani dengan peningkatan kos kehidupan.

Objektif SAMM

1) Melahirkan masyarakat muda Malaysia yang progessif dan dinamik tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan ideologi politik.

2) Membudayakan demokrasi sebagai satu cara hidup dengan menggalakkan anak muda untuk berbeza pendapat.

3) Melatih anak-anak muda untuk peka terhadap isu-isu semasa baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Pendekatan SAMM

Hak Warga
Anak muda akan didedahkan mengenai undang – undang, perlembagaan dan hak selaku warga negara, dengan kesedaran semua ini maka rasa kecintaan terhadap negara akan lebih mendalam.
Pendidikan
Kesedaran pendidikan akan diberi tumpuan, bantuan dari aspek kesedaran pendidikan jauh ke kawasan pendalaman
Kebajikan
Anak muda yang dilibatkan dalam kerja kebajikan akan pasti meningkat kesedaran serta jati diri.

Modus operandi

tanpa penglibatan politik secara kepartian
penerbitan risalah
program-program yang menarik anak muda
peluang untuk ke luar negara bertukar pengalaman melalui perbagai program latihan dan ‘internship’ melalui jaringan hubungan organisasi di luar negara.
Latihan pengukuhan radikalisma dikalangan anak muda

SAMM juga mempunyai jaringan penyelaras negeri dan keanggotaan melalui ‘friends of SAMM’ atau sahabat SAMM.

Organisasi

SAMM sedang berusaha bersungguh sungguh untuk membuka pejabat yang bakal menempatkan pengurusan SAMM, Pusat Aduan/Kaunseling, Perpustakaan dan bilik mesyuarat akan diletakkan di Senawang, Seremban. Namun tidak mampu punya pejabat bukan alasan, setakat ini SAMM beroperasi secara ‘mobile office’

SAMM berdaftar dibawah SMM dengan menyenaraikan Pengerusi dan 4 orang lembaga pemegang amanah.

Penyelaras tiap negeri dinamakan bagi memudahkan pengurusan dan keanggotaan terbuka kepada semua anak muda bawah 35 tahun.


Ni awok nak kabor sikit: sapa minat nak jadi anggota SAMM buleh le kelik SINI..

www.anakmudamalaysia.com

04 September 2011

Mencegah Lebih Baik

SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini. baca lagi kat SINI


"artikel penuh baca kat SINI.."



"ni gambor tim hetherington seorang jurugambor perang. beliau telah terbunuh di libya. SUMBER.."


Ni awok nak kabor sikit: ajal maut di tangan tuhan. mencegah tu kan lebih baik dari mengubati.. sedangkan tentera yang terlatih pun pakai helmet dengan vest kalis peluru.. jangan la terlalu mengambil mudah aspek keselamatan yang melibatkan nyawa..

Utamakan Keselamatan

"Helmet dan jaket kalis peluru yang digunakan oleh media.."

sudah sampai masanya sesiapa yang bertugas di negara bergolak mesti menggunakan peralatan keselamatan. ajal maut ditangan tuhan tapi tak salah kalau kita cuba melindungi diri kita dari kecederaan yang mungkin terjadi.










Ni awok nak kabor sikit: utamakan keselamatan di mana jua anda berada..

Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2011

Pertandingan ragbi piala dunia 2011 akan berlangsung di new zealand pada 9 september hingga 23 oktober 2011. sebanyak 20 buah pasukan negara akan bertanding merebut trofi webb ellis.


"Trofi Webb Ellis"


"Pasukan yang bertanding"


"Tahun ni perlawanan akan diadakan di negara all black.. adakah all black mampu menjadi juara"






Ni awok nak kabor sikit: kejohanan dah dekat, takde ke stesen tv yang nak tayang.. malangnya nasib peminat ragbi malaysia..

03 September 2011

Takziah: Jurukamera BernamaTv Maut Di Somalia

Jurukamera BERNAMATV maut ditembak di Somalia
KUALA LUMPUR: Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia. [baca lagi]

Jenazah Jurukamera Bernama TV Tiba 9 Pagi Esok di TUDM Subang
KUALA LUMPUR – Jenazah jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia semalam akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia akan tiba di Lapangan Terbang TUDM Subang pada jam 9 pagi esok. [baca lagi]

"gambar hiasan.."


Ni awok nak kabor sikit: Takziah kepada keluarga mangsa.