Blogger templates

26 August 2011

Had Laju Dikurangkan Di Musim Perayaan

"Had laju jalan Ipoh-Lumut dikurangkan dari 90km/j ke 80km/j."

Bagi memastikan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya di musim perayaan, kerajaan telah menurunkan had laju semua jalan persekutuan dan jalan negeri sebanyak 10km/j sehingga 6 september.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata had laju bagi jalan persekutuan kini diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.

Ni awok nak kabor sikit: Musim hujan ni sedap jugak memasang lukah..

Zakat Fitrah

Dalam hadis riwayat Ibnu Umar:

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”



Syarat- Syarat Wajib Zakat Fitrah

  1. Islam dan merdeka.
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Lafaz Akad Zakat Fitrah

Lafaz untuk diri sendiri:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Lafaz bagi pihak:
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili ...... pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Ni awok nak kabor sikit: Ater awok udoh bayor dah..

25 August 2011

Jadual Perjalanan Balik Kampung

Untuk mengelakkan berlakunya kesesakan teruk di lebuhraya pihak PLUS mencadangkan agar pengguna-pengguna dapat mengikut jadual perjalanan yang disyorkan.


"klik gambor untuk paparan yang lebih jelas.."

Ni awok nak kabor sikit: Berhati-hati di jalanraya semoga selamat sampai & salam aidilfitri..

24 August 2011

Hadiah Pulitzer

Hadiah Pulitzer ialah anugerah untuk pencapaian dalam kewartawanan akhbar, kesusasteraan dan gubahan muzik di Amerika Syarikat. Anugerah ini diperkenalkan oleh Joseph Pulitzer dan diselia oleh Universiti Columbia di Bandar Raya New York.


Pemenang Hadiah Pulitzer 2011. Kategori "Breaking News Photography".
Carol Guzy, Nikki Kahn dan Ricky Carioti dari The Washington Post.


'Death of Innocence' A Haitian man tries to rescue a live teacher trapped amid the rubble of the devastating earthquake in Port-au-Prince as he crawls past a schoolgirl that perished at her desk when Ecole St. Gerard collapsed. (Carol Guzy, The Washington Post - January 15, 2010 )

Lagi foto Carol Guzy, Nikki Kahn dan Ricky Carioti klik SINI


Pemenang Hadiah Pulitzer 2011. Kategori "Feature Photography".
Barbara Davidson dari Los Angeles Times.

Ten-year-old Erica Miranda was shot three times in the back, knee and hip while playing basketball outside her home in Compton. A young man had walked up to the crowded street corner and started firing a handgun in what police believe was a gang assault. A 17-year-old relative and a 45-year-old family friend, both men, were also shot three times and survived. At Long Beach Memorial Medical Center: Miller Children’s Hospital, Erica waits for her bandage to be changed. (Barbara Davidson, Los Angeles Times - December 29, 2010)

Lagi foto dari Barbara Davidson klik SINI

Sumber: www.pulitzer.org


Ni awok nak kabor sikit: Gambor-gambor yang penuh emosi..

Perangkap Laju: Hati-Hati Balik Raya

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara


Ni awok nak kabor sikit: Berhati-hati di jalanraya komer oiii..

Tamatnya Pemerintahan Muammar Ghadafi

Muammar Ghadafi yang memerintah Libya selama 42 tahun akhirnya digulingkan dalam serangan oleh kumpulan pemberontak anti kerajaan dan NATO.


Berpuluh-puluh ribu rakyat Libya meraikan kejatuhan kerajaan yang dipimpin Muammar Ghadafi di Dataran Keamanan di Benghazi, Libya pada 21 Ogos 2011. (Gianluigi Guercia / AFP / Getty Images) SUMBER FOTO


Kumpulan pemberontak Libya membakar bendera kerajaan di dataran utama setelah berjaya menguasai Zawiyah pada 20 Ogos 2011. (Bob Strong / Reuters) SUMBER FOTO


Kumpulan pemberontak Libya meraikan kemenangan di daerah Qarqarsh, Tripoli pada 22 Ogos 2011. (Bob Strong / Reuters) SUMBER FOTO


Lagi foto di SINI

Ni awok nak kabor sikit: Kebangkitan rakyat takkan dapat disekat punya..

19 August 2011

Rompak Beramai-Ramai

KUALA LUMPUR – Lima anggota polis berpangkat Konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini, pada jam 12.01 pagi.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan mereka adalah penanggung tunggal keluarga.

“Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga,” katanya.

Hakim Zulhazmi Abdullah, membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu. – BERNAMA

Ni awok nak kabor sikit: bulan ramadan setan semua kena ikat.. tapi perangai lu orang?? oooo... merayu nak bagi peluang sebab bulan ni bulan ramadan.. blah la woii.. lu pau orang tak kira bulan pun.

15 August 2011

JPJ Kata Takde Sekatan Jalan Raya

KUALA SELANGOR – Berkuatkuasa tengah malam ini, tiada lagi sekatan jalan raya dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sebaliknya, kesalahan lalu lintas tertentu akan dirakam menggunakan kamera oleh 3,500 penguatkuasa bertugas di seluruh negara. Baca Lagi

*bagus jugak la jpj tak buat sekatan. kalau boleh jangan sapa-sapa duk kat tepi haiway tu. menyamar je lagi bagus. selalu awok nengok kalau ada la polis terpacak kat tepi haiway jalan mesti jem. semua keter pelan. padahal takder apa pun. tahun ni kalau ada jugak yang terpacak buat tak tau jer. jalan terus jangan pelankan kereta.

Pasar Ramadan: Aku Tak Pergi

gambor di cilok kat sini

dah separuh bulan ramadan umat islam lalui.. lagi separuh bulan lagi umat islam akan menyambut syawal. bulan ramadan ni sepatutnya menyedarkan kita betapa susahnya orang-orang yang tak dapat makan, orang-orang susah, pelarian yang tinggal di kem-kem pelarian.. bersederhanalah dalam membeli juadah berbuka.. jangan membazir.. kurangkanlah pergi pasar ramadan..


"apa perasaan anda?.."

14 August 2011

Kejohanan Badminton Dunia London 2011

"ini Lin Dan.."

"ini Lee Chong Wei.."

pertembungan yang menarik antara lee chong wei dan lin dan dalam final kejohanan badminton dunia di london berakhir dengan kemenangan berpihak kepada lin dan. set pertama lin dan kalah 20 - 22. set kedua lin dan menang 21 - 14 dan set ketiga lindan menang 23 - 21.

*lin dan bukan terer pun.. dia menang sebab chong wei buat salah banyak dalam 3 mata akhir set ketiga.. apa pun chong wei memang berani.. takde la suka-suka nak tarik diri.


"alamak..eeee ngerinya.."

Orang Emas Kena Tangkap

"yang ni tak kena tangkap.."


"ni pun tak kena tangkap jugak.."


"emmm.. ni nak tangkap ke? ishh.. tak payah la.. bukan kacau orang pun.."


"rasa-rasa yang ni boleh tangkap kot? kepala hotak hang nak tangkap buat apa.. ni seni woi.."


"aikkk.. ni macam kat malaysia je.. negara bolehland.. kenapa kena tangkap pulak.. sebab dia cas RM2 ke bila nak tangkap gambar?.." berita lanjut kat sini..


Ni awok nak kabor sikit: orang ni mengganggu ke? orang ni mintak sedekah ke? dia cuma minta RM2 pada sapa-sapa yang nak bergambor je.. ingat senang ke nak buat keras macam tu.. yang rasuah juta-juta lemon tu diam je..

10 August 2011

Rusuhan Di London

Polis anti rusuhan sedang mengheret seorang lelaki di Jalan Hackney. (Toby Melville / Reuters) SUMBER


Seorang lelaki yang tercedera sedang dirawat oleh paramedik selepas ditangkap semasa rompakan di kedai elektronik di selatan London pada 8 Ogos 2011. (Simon Dawson / AP) SUMBER


Seorang perusuh sedang berjalan melepasi kenderaan yang terbakar dalam rusuhan terburuk di London. (Peter Macdiarmid / Getty Images) SUMBER


Rusuhan pertama bermula Sabtu lalu di daerah Tottenham, utara London apabila penunjuk perasaan membantah tindakan polis menembak mati Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, dua hari sebelumnya.

Sehingga kini polis telah menahan lebih 200 orang perusuh dan seramai 563 lagi dalam tempoh tiga hari. Seorang lelaki berusia 26 tahun telah meninggal dunia selepas ditembak di Croydon, selatan London, kematian pertama rusuhan yang terburuk di Britain dan lebih daripada 100 anggota polis cedera.

Foto Rusuhan Di London: KLIK, KLIK

*Masa Bersih 2.0 ada kereta terbakar tak? ada bangunan terbakar tak? ada polis cedera tak? ada kedai kena rompak tak? ada sampah bertaburan tak? semua tu takde sebab Bersih adalah perhimpunan aman. yang buat tak aman bila ada puak-puak yang sengaja provok rakyat konon nak bagi rakyat merusuh tapi rakyat tak melawan pun.


03 August 2011

Pagi Merah Petang Biru

abis jahanam malaysia kalau macam ni. puak-puak gerombolan ni sanggup buat apa saja semata-mata nak berkuasa. sudah-sudah la tu, dah lama dah bak kata mamak kutty. bagi la orang lain pulak. sumber kat SINI

*jangan ngundi parti barang naik. humbankan gerombolan dalam longkang.

01 August 2011

Ada apa-apa ke?

hadiah untuk peniaga-peniaga pasar ramadhan kat negeri perak.. ni tandanya pilihanraya dah semakin hampir..

*aku tak pangkah parti barang naik..