sempena musim cuti ni banyak pulak kedai buat promosi.. entah betul entah tidak.. gua pun tak tau..
dulu gua penah tengok kat satu pasaraya besar ni. masa takde jualan murah kasut tu harganya RM99. gua tak jadi beli. konon-konon nak tunggu jualan murah. bila tiba musim jualan murah sekali gua tengok harga dah naik RM149 pastu diskaun jadi RM110. apa yang murahnya. bongok betul..
sejak tu gua tak percaya jualan murah. tipu je semua tu.
tadi bini gua beli cadar.. ada ofer katanya.. harga cop RM489 dapat diskaun 70%. hahahah.. gua tengok cantik je.. hehehehe..
Blogger templates
10 December 2009
Y.E.S
25 November 2009
Roh Lembu Kot
gambar 1
gambar 2
gambar 3
lihat sebelah kanan gambar. terdapat objek seperti asap keluar dari leher lembu yang disembelih.
gambar 4
13 November 2009
Lambaian Kaabah
malam tadi lepas maghrib gua hantar BAPAK, MAK dengan OPAH gua pergi haji..
gua hantar kat tempat berkumpul kat masjid an nur je..
tayar bas golek pukul 10.30 malam menuju kelana jaya..
MakBapakOpah sampai sana pukul 2 pagi..
adik gua dah siap tunggu kat sana..
kapal terbang belepas pukul 7 pagi..
23 disember pukul 11 pagi gua akan tunggu kat KLIA..
06 November 2009
Rezeki Kahwin
musim kawin dah nak tiba.. gua cari duit lagi.. kali ni gua buat baner pulak.. dapat la tambah duit tabung gua nak beli D300s.. amin...
24 October 2009
Kampung Telaga Nenas
hari ni gua pergi kenduri lagi.. kat area beruas.. lepas pegi kenduri gua jalan-jalan jejak kasih mak mentua gua.. nak cari kawan lama katanya. tempat yang nak di pergi ni gua pun tak tau kat mana.. katanya telaga nenas. cari punya cari jumpa jugak tempatnya.. rupa-rupanya tepi laut je.. sapa yang gila pancing boleh la datang sini.. chalet pun ada.. nak sewa bot boleh.. kol je no kat gambar atas tu.
17 October 2009
Makan Kenduri
hari ni gua pergi makan kenduri kat gerik. kawan baik bini gua kawin. yang baju cokelat tu la kawan baik bini gua.. yang baju hijau adik kawan bini gua. gua tau kalau makan kenduri kat gerik mesti ada gulai kari batang pisang.
sampai je kat rumah kenduri gua terus jenguk kat tempat hidangan.. gua ternampak ada gulai batang pisang. gua tanpa menghiraukan pengantin yang baru sampai terus amik makanan.. gua makan dengan lahapnya kah.. kah.. kah.. sedap punya...
16 October 2009
Cari Duit Lagi
07 October 2009
03 October 2009
Ipoh: Bangunan Runtuh
Jentera berat digunakan untuk mengalihkan sisa-sisa runtuhan
tadi gua lepak-lepak dengan member gua, kicap kat mamak. lebih kurang pukul 10.30 malam gua pun balik rumah. sampai rumah gua terus tengok citer herby kat tv3. tengah-tengah layan tiba-tiba sepupu gua tepon. dia cakap ada bangunan runtuh kat fair park.
gua dengan pantas mencapai beg yang mengandungi kamera kesayangan lalu gua terus keluar rumah. hari hujan rintik-rintik tapi gua naik motor je. gua tau jalan mesti jem punya. gua pecut motor ex5 gua laju-laju. sampai kat sana gua tengok orang semakin ramai, polis pun bejembit kat sana.
gua parking tepi jalan. setelah menyeting kamera dan flash gua bergerak nak masuk kat tempat kejadian tapi gua dihalang. ini boleh mendatangkan marah. apa lagi gua start motor terus gua pegi belah yang satu lagi. kali ni gua sempat mencilok-cilok orang ramai.
bila gua sampai depan orang ramai gua tengok dah macam gempa bumi kat indonesia tu. empat biji kereta dihempap batu-bata. gua terkejut. gua cakap dalam hati. ni mesti mati punya. gua terus mencilok untuk mencari sudut yang menarik. tiba-tiba gua terjumpa pulak kawan gua kicap baru sampai. lepak-lepak dengan kicap kejap lepas tu gua pun solo cari bahan.
kali ni gua lepak kat wartawan pulak. gua tanya satu wartawan amoi, berapa orang mati. amoi tu cakap dua orang mati, enam orang cedera. semua mangsa telah dihantar ke hospital ipoh yang lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian.
lepak punya lepak tengok jam dah pukul 1 pagi. mata pun dah layu. gua cargas balik rumah. esok pagi gua nak ke sana lagi.
Lagi gambar kat sini