Blogger templates

18 October 2011

Jaminan 10 Tahun Jer

"barangan buatan malaysia.."

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata jaminan itu tertakluk kepada semua model kereta Proton yang dijual di pasaran domestik, sama ada milik persendirian atau syarikat.

“Jaminan merangkumi empat komponen utama dalam mekanisme tingkap kuasa kenderaan iaitu alat pengawal tingkap, motor tingkap kuasa, suis dan sesalur fungsi,” katanya pada sidang media di Pusat Kecemerlangan Proton di sini, semalam.

Skim Jaminan Sepanjang Hayat Tingkap Kuasa Proton itu adalah bagi tempoh 10 tahun dari tarikh kereta didaftarkan atau 250,000 kilometer perjalanan, iaitu tempoh ‘hayat maksimum’ kenderaan seperti yang digunakan pakai peserta industri automotif global.


"ini baru sepanjang hayat.."


"pakai kayuh lagi bagus.."


"jualan MegaSale.."


Ni awok nak kabor sikit: asik jahanam je, sudahnya bagi jaminan 10 tahun.. sebab tu la awok tak pakai keter poton..dah la jual mahal.

15 October 2011

Menteri Letak Jawatan

Kah..Kah..Kah..Kah.. bukan kat malaysia bole.. kat negara kapir lahanat..

"Liam Fox.."

LONDON: Menteri Pertahanan Britain, Liam Fox mengumumkan meletakkan jawatan berikutan dikaitkan dengan skandal membabitkan seorang usahawan menyamar menjadi penasihatnya ketika menjalankan tugas rasmi kerajaan.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, David Cameron, Ahli Parlimen Parti Konservatif itu mengaku membenarkan aktiviti peribadi dan tugas rasmi membabitkan rakan baiknya, Adam Werritty.
Beliau meletakkan jawatan selepas memegang jawatan Menteri Pertahanan selama 17 bulan. - AFP


"kalo skandal yang ni tak ngape le.."


"jangan lupa umngok.. ooppp tersilap pulak.. jangan lupa nengok citer ni.."



Ni awok nak kabor sikit: hahaha.. kalo kat boleh land jangan harap la nak letak jawatan. sampai mampus takkan letak jawatan punya.. sumpah sana sumpah sini dah ok dah.. rembat tetap rembat.. skandal buleh cover punya..

05 October 2011

Petani ancam ganggu perlumbaan F1 India


NEW DELHI - Para petani India semalam mengancam untuk mengganggu perlumbaan kereta Formula Satu (F1) yang pertama kali diadakan di India lewat bulan ini.

Mereka mahu membuat gangguan selepas tanah milik para petani tersebut diambil tanpa diberikan pampasan yang mencukupi untuk dibina litar berharga AS$350 juta (RM1.11 bilion) di Greater Nioda, pinggir New Delhi.

"Kami akan mengadakan perarakan bantahan dengan duduk di sebelah litar bermula pada 23 Oktober depan untuk memastikan suara kami didengari," kata seorang ketua petani, Virender Dhada.

Penganjur perlumbaan itu, JP Sports menganggap ia merupakan taktik peras ugut dengan tujuan untuk mendapatkan publisiti.

"Semua perkara ini merupakan satu gurauan," kata seorang eksekutif dari syarikat tersebut. - AFP


"macam-macam gila ada dalam dunia ni.." (takde kena mengena dengan gambor diatas)


"rembat tanah macam ni pun ada jugak.."


"meleleh peluh nengokkan pesanan orang kampung ni.."


"meleleh ayor lior nengokkan tanah ni.."



Ni awok nak kabor sikit: rembat jangan tak rembat.. tak lama lagi nak kena rembatan pulak..

04 October 2011

Lembu Punya Susu

"mmmoooooo...."


“Saya harap pembangkang jangan cuba ambil nama daripada langkah ini, sebenarnya ‘lembu punya susu tapi jangan sapi yang ambil nama’. “Saya sebut perkara ini sejak April 2009 lagi... Ini bukan atas desakan pembangkang, tetapi kehendak kerajaan BN. rembat kat SINI


"baru balik dari majlis kurban..tak dapat daging kapla pun jadi la.."


"lelong..lelong..terpekik telolong.."



Ni awok nak kabor sikit: jangan jadi macam puak-puak lembu dicucuk idung..

Bajet 2012

Bajet 2012 mampu tangani masalah golongan berpendapatan rendah: Najib
KUALA LUMPUR: Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara. rembat kat SINI




"agak-agak berapa la permata dapat tahun ni.."


"gambor cincin permata jacob ni takde kena mengena dengan cerita diatas.."


"biskut ni kalo cicah teh o sejuk pun sedap.."


Ni awok nak kabor sikit: tak sabor nak nengok apa bajet tahun depan.. sependar turun harga lagi ke..